PAF SCHEME
A special assistance scheme that provides a monthly allowance of RM100 to underprivileged children aged 12 years old and below living with HIV or born into HIV-impacted families with a combined household income of less than RM2,000.
Launched April 1996
TEMPOH SOKONGAN
Bantuan Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Fund adalah untuk tempoh kontrak selama SETAHUN.
Walau bagaimanapun, kelayakan penerima bantuan akan dinilai dan diperbaharui setiap tahun oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Paediatric AIDS Fund bagi menentukan:
01
Penerima bantuan masih berada dalam lingkungan usia kelayakan (usia maksimum 12 tahun)
02
Penerima bantuan masih menepati syarat-syarat sosio-ekonomi yang ditetapkan.
SYARAT PERMOHONAN
- Kanak-kanak dari usia baru lahir sehingga 12 tahun.
- Hidup dengan HIV atau terjejas dengan HIV.
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan isirumah di bawah RM 2,000 sebulan.
LIMITASI: Hanya maksimum dua (2) permohonan boleh dikemukakan untuk setiap isirumah.
✕PROSES PERMOHONAN
Untuk memohon bantuan Paedatric AIDS Fund, sila lengkapkan borang permohonan dan lampirkan dokongan sokongan yang dikehendaki.
DOKONGAN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
1Salinan Sijil Surat Beranak dan Kad MyKid untuk kanak-kanak yang memohon.
2Salinan Kad Pengenalan untuk ibu bapa / penjaga sah.
3Surat Sokongan Status Ekonomi oleh Pegawai Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital / Pegawai Kebajikan Masyarakat.
4Salinan Penyata KWSP / Slip Gaji / Penyata Pendapatan oleh Majikan untuk ibu bapa / penjaga sah.
5Salinan muka hadapan Buku Akaun yang menyatakan dengan jelas nama pemilik akaun dan nombor akaun. Hanya akaun BANK SIMPANAN NASIONAL atau MAYBANK sahaja diterima.
Kerahsiaan maklumat permohonan adalah terpelihara dan hanya untuk tatapan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Paediatric AIDS Fund untuk tujuan penilaian dan pemilihan penerima bantuan yang layak.
✕